Siakap Keli
Gambar: @NatHydroCentre

Cari Objek Di Dasar Laut Seperti Bangkai Kapal, Ini Kehebatan Sistem SONAR Yang Ramai Tak Tahu

SONAR dikatakan telah membantu menerokai lautan kerana gelombang bunyi bergerak lebih jauh di perairan berbanding radar dan gelombang cahaya.

Menurut sumber National Hydrographic Centre, mereka menggunakan SONAR untuk mengembangkan carta nautika, mencari bahaya di bawah laut untuk navigasi, mencari objek di dasar laut seperti bangkai kapal dan memetakan dasar laut itu sendiri.

Jelas mereka, jenis utama sonar yang digunakan dalam tinjauan hidrografi adalah Multibeam Echo Sounder (MBES). Sistem SONAR menghantar tenaga bunyi dan menganalisis isyarat pulangan (echo) yang telah memantul dari dasar laut atau objek lain.

Sonar multibeam memancarkan gelombang bunyi tepat di bawah lambung (badan) kapal untuk menghasilkan liputan dasar laut berbentuk kipas. Sistem ini mengukur dan mencatat masa untuk isyarat akustik bergerak dari pemancar (transduser) ke dasar laut (atau objek) dan kembali kepada penerima.

Berdasarkan sumber, sonar multibeam menghasilkan bunyi ‘suara’ (swath) untuk memastikan liputan kawasan yang lengkap. Kawasan liputan dasar laut bergantung pada kedalaman air, biasanya empat hingga enam kali kedalaman air.

Sumber: Twitter @NatHydroCentre

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.