Siakap Keli
bayaran khaby
Gambar: TikTok

Hanya Tayang Reaksi Muka ‘Selamber’, Tak Sangka Khaby Lame Boleh Dapat Ratusan Ribu Ringgit Untuk Satu Video

Nama Khaby Lame semakin terkenal menerusi video-videonya yang bersahaja di TikTok dengan lebih jutaan tontonan setiap satu.

Mula terkenal ketika ramai terpaksa berkurung semasa pandemik, rata-rata jelas terhibur dengan gelagat lelaki itu berkongsi cara mudah mengatasi masalah harian tanpa sebarang ‘lifehack’.

@khaby.lame

🤷🏿‍♂️🤷🏿‍♂️🤷🏿‍♂️#learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok

♬ suono originale – Khabane lame

Dengan lebih 67 juta pengikut di TikTok, pemuda berusia 21 tahun ini merupakan salah seorang individu paling terkenal di aplikasi berkenaan. Malah, dia juga turut mendapat perhatian daripada pihak TikTok sendiri yang turut memperakui populariti lelaki tersebut.

@khaby.lame

@tiktok it’s your turn! ⚡️🙋🏿‍♂️ 🙌🏿😂 #tiktoklearnfromkhaby#learnfromkhaby

♬ Steven Universe – L.Dre

Bukan itu sahaja, menurut wepublishnews.com, Khaby dianggarkan boleh mendapat bayaran sekitar $98,561(RM406,071) sehingga $ 147,842 (RM609,109) bagi setiap video dihasilkan.

Sehingga kini, pendapatannya dijangka mencecah sehingga USD$ 2 juta, bersamaan kira-kira RM4.12 juta.

Lahir di Senegal pada tahun 2000, Khaby telah mendapat kerakyatan Itali selepas mengikuti keluarganya berhirah ke negara tersebut. Di sinilah dia mendapatkan pendidikan dan menjalani kehidupan sebagai pembuat kandungan di media sosial.

Antara videonya yang mendapat ratusan juta tontonan ialah cara memvakum sudut di tepi dinding serta cara mengupas pisang tanpa menggunakan pisau. Jom tonton videonya di bawah.

@khaby.lame

Qualsiasi lavoro fai, devi sempre pulire, ma con semplicità. 😆Every job you have,just keeping everything tidy,but with simplicity.#learnfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

@khaby.lame

Ig:@khaby00

♬ suono originale – Khabane lame

Sumber: wepublishnews.com

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.