NEW YORK- Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun akan menjadi orang termuda yang pernah membuat persembahan di Carnegie Hall, New York.
Menurut mothership, orang-orang terkenal sering ke Carnegia Hall seperti Beatles dan Pink Floyd.
Bridgette Xie, tiga tahun berasal dari Ridgefield, Connecticut di Amerika Syarikat (AS). Dia dijadualkan akan membuat debutnya dengan muzik Mozart iaitu sebahagian daripada Pertandingan Bakat Muzik Antarabangsa Protégé Amerika pada November 2021.
Belajar piano ketika perintah berkurung
Pertama kali Xie mengikuti kelas piano adalah pada bulan Jun tahun lalu bagi mengisi masa lapang ketika perintah berkurung.
Menurut guru piano, Felicia Feng Zhang, Xie adalah seorang yang berbakat.
“Saya berkata, sekarang anda boleh bermain tangan kanak untuk D Major, tangan kiri untuk C Major dan tangan kanan G Major.”
“Kemudian dia, boom boom boom. Semua gerakan yang berbeza dia lakukan. Itu sangat (kagum).. untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ianya sangat luar biasa,” kata Zhang ketika ditemubual oleh NBC New York.
Nicole Sun, ibu Xie, yang juga merupakan seorang pemain piano menambah bahawa dia ” sangat terharu” ketika mendengar anak perempuannya bermain piano.
Selepas berbulan-bulan berlatih, Xie telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Muzik Antarabangsa Elite pada awal musim bunga dan meuncul juara termuda dalam sejarah pertandingan itu.
Tao Xie, ayah Xie, mengatakan kepada New York Post bahawa anak perempuannya “tertarik pada muzik” kerana mereka sekeluarga suka dan sering mendengar muzik seperti klasik dan pop di rumah atau ketika menaiki kereta.
Sumber: mothership