Siakap Keli
Kredit: The Guardian

Katanya Direka Sebagai Anti Bencana, Ini Kisah Svalbard Global Seed Yang Pernah Hampir Ditenggalami Air

Tumbuhan merupakan sumber makanan utama baik kepada manusia, mahupun haiwan. Perubahan iklim yang ekstrem, bencana alam dan pencemaran boleh menjadi faktor kepada kepupusan sesetengah tumbuhan.

Sebagai persediaan menghadapi krisis ini, sebuah gudang penyimpanan benih dibangunkan di Kepulauan Svalbard, Norway.

Kredit: TIME

Siapa sangka di sebalik salju memutih di pergunungan ais tersebut, tersimpan 13 ribu tahun sejarah evolusi pertanian di dalamnya.

Global Seed Vault terletak di Spitsbergen, Svalbard, sebuah kawasan gunung salju yang terletak di antara Norway dan Kutub Utara. Ia dibina khas sebagai tempat penyimpanan jangka masa panjang yang mampu bertahan dari bencana.

Gudang ini terletak lebih 100 meter ke dalam gunung dengan pintu masuk utama diperbuat daripada keluli. Terletak 130 meter dari aras laut, Global Seed Vault ini direka untuk beroperasi tanpa bantuan tenaga manusia.

Kredit: TIME

Gudang yang turut dikenali sebagai ‘Kubah Kiamat’ ini mampu menampung 4.5 juta benih dan kekal sejuk pada suhu -18 darjah Celcius dengan kaedah penyejukan semulajadi.

Hampir banjir

Walaubagaimanapun, pada tahun 2017, gudang anti-bencana ini dicabar oleh peningkatan suhu dan hampir menerima bencana buat pertama kali. Akibat peningkatan suhu yang tak terjangka, Global Seed Vault dilaporkan pernah dimasuki air.

Hal ini terjadi apabila salju di permukaan yang sepatutnya menyejukkan gudang ini secara semulajadi mencair dan masuk ke dalam terowong gudang tersebut. Setelah 10 tahun gudang ini dibina, ia merupakan kali pertama kejadian seperti itu terjadi.

Kredit: The Guardian

Jurucakap kerajaan Norway,  Hege Njaa Aschim berkata kepada The Guardian, terowong yang merupakan laluan utama ke ruang penyimpanan benih akan dinaiktaraf untuk memperketatkan lagi keselamatan sampel-sampel di dalamnya.

Menurut laporan The Verge, kerajaan Norway mengeluarkan $12.7 juta untuk memperbaik fasiliti tersebut, temasuk menaiktaraf struktur gedung itu.

Sumber: The Guardian, TIME, The Verge

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.