Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Terlalu Lama Menunggu, Segelintir Rakyat Thailand Dilapor ‘Terbang’ Ke Luar Negara Untuk Vaksin

THAILAND- Kerajaan Thailand kini terus meningkatkan pelaksanaan vaksinasi dan PM Prayut Chan-o-cha menegaskan ianya cukup untuk semua rakyat Thailand.

Namun, rakyat Thailand kebanyakkannya sudah penat menunggu dan sebahagiannya telah terbang ke luar negara bagi mendapatkan vaksin walaupun memakan kos yang besar.

Coconuts melaporkan bahawa terdapat pelbagai alasan mereka untuk mendapatkan vaksinasi dengan segera. Antaranya, masalah kesihatan dan menginginkan vaskin lain.

Salah satunya, Jakkrit Yompayorm atau dikenali sebagai Guru Tom Teaching Thai, seorang personaliti atas talia telah berkongsi gambar di media sosial. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS), negara dimana dia mendapatkan vaksin kedua-dua suntikan vaksin Pfizer.

Menurut The Thaiger, Jakkrit menerima vaksin di sebuah kedai Walmart di AS setelah memberikan namanya dan telah berjaya mendapatkan vaksin setelah menjawab beberapa soalan kesihatan.

Berbeza dengan Thailand, mereka akan diberikan kepada penerima yang lebih memerlukan terlebih dahulu sebelum memberikan kepada orang lain.

Selain itu, agensi pelancongan juga menawarkan pakej vaksinasi iaitu lawatan percutian bersama inokulasi, namun harga yang tinggi dan berbeza mengikut pakej yang diingini.

Sumber: The Thaiger

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.