Siakap Keli

(Video) Bakal Menginjak Usia 18 Tahun, Polis Beli Kek Sambut Hari Jadi Remaja Ini Sebelum ‘Angkut’ Ke Penjara

Tidak pernah berlaku sebelum ini, beberapa orang anggota polis di Brazil dilaporkan telah menyambut ulang tahun kelahiran seorang remaja yang didapati melakukan jenayah sebelum menahannya.

Menerusi satu ciapan di Twitter, remaja tersebut telah ditahan beberapa kali sebelum itu tetapi dilepaskan kerana masih lagi di bawah umur 18 tahun.

Ketika dia melakukan kesalahan yang terbaru, dia dikatakan bakal menginjak ke usia 18 tahun dan disebabkan itu semua anggota polis tersebut menyerbu ke rumahnya sambil membawa sebiji kek.

Anggota-anggota polis itu turut dilihat menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya dengan penuh ‘gembira’.

Dengan wajah yang kebingungan, remaja tersebut yang duduk di tengah-tengah antara semua polis itu dilihat dengan ‘redha’ mengikut arahan dan memotong kek tersebut.

Remaja itu didakwa telah mencuri kereta dan melakukan beberapa jenayah yang lain. Ibunya dikatakan bagai sudah lali apabila anaknya sering ditahan kerana melakukan jenayah.

Sumber: Crimes Reais

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.