Tidak kira wanita atau lelaki, sangat penting untuk tahu cara kenali tayar kereta masih ada bunga atau tidak. Seperti mana yang kita tahu, tayar merupakan elemen yang paling penting untuk keselamatan korang di jalan raya.
Selain itu, seeloknya kita selalunya memeriksan bunga tayar sebelum memulakan perjalanan yang jauh bukan apa, kalau tidak ada bunga kemungkinan tayar akan licin bila waktu hujan.
Jadi, menerusi video ini menunjukkan cara untuk melihat sama ada bunga tayar sudah haus atau botak dengan meletakkan syiling 10 sen dicelah antara dua jalur bunga tayar ini.
Caranya, jika korang tidak dapat melihat perkataan Malaysia, bermakna bunga tayar dalam keadaan yang bagus dan boleh digunakan.
@abangcomot Cara mudah check bunga tayar #mekanik #foryoupage #tiktokguru #educacion #automotive #CapCut
Sumber: Abang Comot