Siakap Keli
Gambar: Tribunnews

(Video) Masih Kecil Tapi Sudah Bantu Ibu Berniaga, Reaksi Budak Ini Raih Perhatian Ramai

Video seorang kanak-kanak lelaki menolong ibunya ketika berniaga berjaya menarik perhatian netizen, lapor Tribunnews.

Menurut sumber, rakaman video itu telah dimuat naik di akaun TikTok oleh @founderqueenooil pada Sabtu lepas, 5 Jun.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat cuba menolong ibunya. Semasa ibunya membersihkan meja, dia meraih gelas dan mangkuk kotor untuk dibawa ke belakang.

Siti Anisah yang merakam video itu menulis di ruangan kapsyennya, “Comel betul masih sekecil itu sudah tolong ibu berniaga. Dia ajak bermain tetapi malu-malu. Terus jadi budak yang baik ya, dik.”

Kejadian itu berlaku ketika Anisah dan rakannya makan di sebuah gerai nasi goreng dan itu pertama kali kedatangannya ke sana. Pada mulanya, mereka tidak menyedari kanak-kanak itu, kemudian dia tiba-tiba datang dari pintu belakang dan cuba menolong ibunya.

Menurutnya, kanak-kanak itu berusaha menolong ibunya walaupun dia hanya dapat membawa dua barang. Dia mengatakan bahawa tindakan budak lelaki itu jarang ditemui.

Dipercayai bahawa situasi itu dirakam tanpa sengaja oleh gadis itu. Namun, dia tidak menyangka dapat melihat situasi yang mengharukan itu.

@founderqueenoil

Sehat terus adek #foryoupage #fypシツ♡ #fyp #fypシ

♬ lagunya begini nadanya begitu cover aci – nona saidah

Sumber: Tribunnews

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.