Siakap Keli

(Video) Modal RM 8k & Kumpul Sejak 2017, Abang Ni Tayang 40 Koleksi Tali Pinggang Kamen Rider Miliknya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa je yang tak pernah tengok Kamen Rider kan? Siri superhero popular dari Jepun itu menghiasi zaman kanak-kanak setiap orang dan ia tetap tetap menjadi rancangan kegemaran walaupun masing-masing sudah meningkat dewasa.

Bagi peminat-peminat Kamen Rider, tiada apa yang lagi bermakna selain mendapatkan koleksi superhero itu termasuk tali pinggang yang sememangnya menjadi ‘igauan’ setiap orang.

Umum mengetahui bahawa rancangan itu sememangnya mempunyai banyak siri yang bermula sejak tahun 1971 sehingga kini. Justeru, ada yang berusaha untuk menyimpan kesemua koleksi tali pinggang tersebut walaupun perlu mengeluarkan kos yang banyak.

Mungkin anda akan merasa kagum dan ‘terpesona’ melihat koleksi tali pinggang Kamen Rider yang dimiliki oleh pengguna TikTok, Itsu Itsumo.

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya pada minggu lalu, dia menunjukkan koleksi tali pinggang tersebut yang tergantung pada dinding biliknya.

Sering berkongsi mengenai minatnya terhadap Kamen Rider, jumlah kesemua tali pinggang yang disimpan olehnya adalah sebanyak 40 dengan pelbagai versi dan warna.

@itsuitsumo

Reply to @razi_pro10 berapa banyak belt 🤔 meh kita kira sekali 😁 #kamenrider #fyp #mainancheck #henshin #tokusatsu

♬ original sound – itsu itsumo – itsu itsumo

Dihubungi SK, Itsu mengatakan bahawa dia telah menyimpan koleksi tali pinggang itu sejak di universiti iaitu pada tahun 2017 lagi. Menurutnya, dia telah menghabiskan sebanyak RM8000 bagi kesemua koleksi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bagaikan ‘terpegun’ melihat koleksi tersebut dan ada yang tertanya-tanya mengenai harganya.

Sumber: Itsu Itsumo

Korang yang berkenan nak tali pinggang kamen rider tu boleh klik disini

"