Apabila melakukan kerja yang perlu berhadapan dengan orang ramai, pastinya pelbagai situasi yang tidak terjangka akan berlaku. Pun begitu, setiap orang perlu bersedia untuk menghadapi apa jua jenis cabaran yang datang melanda.
Bagi yang bekerja di restoran atau sebarang kedai makanan, korang pasti tahu situasi yang perlu dihadapi apabila berhadapan dengan orang ramai. Setiap pelanggan mempunyai ragam yang tersendiri, tetapi ia bukan penghalang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka.
Terkadang, ada di antara mereka yang akan memberikan pengalaman yang baharu yang belum pernah dilalui sebelum ini.
Sama seperti yang dihadapi oleh Azizul Dean yang bekerja di Baskin Robbins di Atria Shopping Gallery, Damansara. Dia berkongsi mengenai pengalamannya berhadapan dengan pelanggan istimewa yang mempunyai masalah pekak dan bisu.
Menurutnya, ia merupakan pengalaman pertamanya sejak setahun lebih bekerja di situ. Disebabkan itu juga, dia tidak tahu untuk menjelaskan kepada pelanggan tersebut, tetapi mujurlah ada rakan sekerjanya yang boleh berbahasa isyarat.
setahun lebih kerja and baru hari ini dapat customer peka & bisu weh. ya Allah dugaan tau sebab taktahu nak explain macam mana 😭
and tetiba teringat ada kawan boleh berbahasa isyarat and alhamdulillah semua dah settle pic.twitter.com/l3pJL04AbZ
— мυиʌн (@_azizuldean) June 5, 2021
Tambahnya lagi, mereka tidak berkomunikasi melalui tulisan kerana memikirkan ‘proses’ yang agak rumit kerana pelanggan itu ingin membeli kek yang istimewa buat anaknya.
Azizul juga berkata dia ingin memastikan pelanggan tersebut berpuas hati dan mendapatkan apa yang diinginkannya dengan layanan yang terbaik.
if korang pernah beli BR, korang tahu lah ada byk flavor. if dia normal, i can explain easily tp ini another case and i want him (as customer) untuk dapat layanan yg sama as normal customer juga
kinda panic at first tp dgn bantuan kawan, we managed to serve him with our best
— мυиʌн (@_azizuldean) June 5, 2021
Tindakan Azizul dan rakannya itu dalam membantu pelanggan tersebut mendapat reaksi yang positif dari orang ramai. Mereka tetap memberikan yang terbaik walaupun menghadapi masalah komunikasi dengan pelanggan tersebut.
Bukan itu sahaja, rata-rata warganet mengatakan bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk setiap orang belajar mengenai bahasa isyarat.
Sumber: _azizuldean