Biasanya kita dengar, ibu-ibu mengandung ini ada banyak ‘ragam’ pelik yang ditonjolkan mereka. Ada yang mengidam makanan pelik-pelik, ada yang tak boleh hidu bau suami, ada yang asyik nak makan siang malam, macam-macamlah.
Selalunya yang kena ni isteri, tapi pernah tak dengar suami pun ‘terjangkit’ sekali? Jawapannya ya. Memang ada sesetengah suami yang apabila isterinya mengandung, dia pula yang lagi banyak muntah.
Inilah yang dialami oleh warga TikTok, Nurakirah. Katanya, dia sedang sarat mengandung tapi suaminya pula yang ada alah itu ini. Menariknya, alahan suaminya agak ‘rare’.
Suaminya cukup ‘pantang’ kalau dia sebut ‘ikan keli’, asal dengar terus muntah. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang kita tak tahu. Jom tonton video yang dikongsikannya ini.
@nurakirah_ Siapa suami dia mcm ni ? Kita yg mengadung dia pulak dpt alahan tu 😂😂 klau ada komen laa 🥰 moga masuk fyp #fypツ #fypdongg #fyp #fyp
Video ini berjaya ‘menggeletek’ hati ribuan netizen lain. Rata-rata mereka cukup terhibur dengan karenah si suami tersebut. Maka dengan itu ada juga yang berkongsi pengalaman mereka.
“Harap biar suami aku pulak kena camni..”
“Kita alahan teruk laki steady je..”
“…dia terlampau sayang bini dia..”
“Umi mengandung, abah yang teruk”
Korang pulak macam mana?
Sumber: TikTok @Nurakirah_