Susuk merupakan sejenis azimat yang umumnya diperbuat daripada emas atau logam berharga seperti perak yang dicampur dengan tembaga. Susuk dimasukkan ke dalam bahagian tisu lembut badan, sehinggakan terlindung dari ternampak daripada luaran, lapor portal Kumparan.com.
Susuk dipercayai dapat membuat awet muda, menambah kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan. Susuk atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai charm needles tidak hanya terdapat di Indonesia.
Menurut jurnal kesihatan The Charming Tale of Charm Needles, fenomena susuk ini juga banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.
Sebilangan besar pengguna susuk ini ingin merahsiakan keberadaan jarum tersebut. Namun, mereka ini tetap tidak boleh lari daripada memerlukan rawatan perubatan. Dan oleh yang demikian, secara tidak sengajanya dari hasil imbasan radiografi lah penggunaan susuk mereka ini terbongkar.
Dipetik dari jurnal yang sama, susuk umumnya tidak menyebabkan komplikasi. Ianya tetap kekal utuh selama bertahun-tahun, namun boleh pecah menjadi kecil akibat kakisan dan otot yang meregang.
Namun begitu, memasukkan benda asing ke dalam tubuh juga dapat meningkatkan risiko jangkitan, baik setelah dimasukkan atau di kemudian hari, sehingga ada sesetengah kes yang memerlukan pembedahan untuk membuangnya.
Berikut adalah salah satu video yang menunjukkan proses pengeluaran susuk:
View this post on Instagram
Sementara itu, berdasarkan kepercayaan, seperti yang dinyatakan dari jurnal Incidental Radiographic Finding of Charm Neddle atau “Susuk” dalam Orthodontic Panoramic and Lateral Cephalometric Radiograph, susuk perlu dikeluarkan sebelum seseorang itu meninggal dunia.
Proses untuk mengeluarkannya juga harus dilakukan oleh “orang yang pandai” yang benar-benar memahami perkara seperti ini. Ada juga yang percaya bahawa jika susuk berada di dalam badan si mati, mereka akan mengalami proses kematian yang sukar.
Sumber: Kumparan.com