Biarpun satu bahasa, setiap negara atau negeri mempunyai dialek masing-masing. Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia berbeza dengan bahasa yang dituturkan di Indonesia walaupun banyak persamaan yang dikongsi.
Begitu juga bahasa Mandarin di negara China dengan Malaysia. Mungkin terlihat sama bagi individu yang bukan penuturnya, namun ia ternyata mempunyai perbezaan agak ketara bagi mereka yang memahami bahasa tersebut.
Perbezaan antara bahasa Mandarin di China dengan Malaysia telah dikongsikan seorang pengguna TikTok, eldenchan17.
“Slang, intonasi dan dialeknya lain. Negara China, slang mereka lebih sedap di dengar berbanding slang Malaysia. Malaysia ni rojak sikit, tapi ada keunikan tersendiri,” katanya.
@eldenchan17 Reply to @aidairdina09 dialect bahasa mandarin kat 🇲🇾memang lain sikit.🙈
Cara pemuda ini memberi penjelasan nyata membuatkan orang ramai terhibur. Dengan lebih 2 juta tontonan 251 ribu tanda suka, ramai yang meluahkan rasa lucu melihat gelagat pemuda yang fasih berbahasa Melayu itu.
Rasa macam berbual tengok video dia
Tak pernah tak lawak
Sekali aku terikut gelak
Pemuda itu juga aktif menjawab soalan para penonton mengenai bahasa dan budaya kaum Cina di laman tersebut.
Sumber: @eldenchan17