Siakap Keli

Warga Emas Dilapor Maut, Selepas Dibedah Pengawal Keselamatan Menyamar Jadi Doktor

PAKISTAN- Pihak berkuasa di Pakistan mendakwa seorang bekas pengawal keselamatan menyamar sebagai doktor di sebuah hospital di Lahore.

Pelaku juga dilaporkan melakukan pembedahan ke atas seorang wanita tua dan kemudiannya meninggal dunia.

Shameema Begum, mangsa berusia 80 tahun pada mulanya pergi ke hospital awam Mayo bagi mendapatkan rawatan bisul di punggungnya, menurut polis.

Ketika itulah pelaku, Muhammad Waheed Butt, bekas pengawal keselamatan melakukan pembedahan dan menghantar mangsa pulang ke rumah, kata seorang pegawai.

“Pegawal itu telah didakwa dan kini dalam tahanan polis,” kata Ali Safdar, jurucakap polis Lahore, kepada AFP.

“Pelaku yang menyamar sebagai doktor itu, juga pernah membuat rondaan di bilik pesakit sebelum ini,” tambahnya.

Sebelum kejadian, pihak berkuasa menyatakan bahwa Butt merupakan seorang pengawal keselamatan di hospital. Namun dipecat kerana cuba memeras wang dari seorang pesakit dua tahun lalu dan dia cuba kembali untuk membuat onar.

Menurut fm96.com, Butt melakukan pembedahan ke atas wanita itu di sebuah bilik bedah bersama juruteknik yang berkelayakan, kata seorang pegawai hospital kepada AFP tanpa mendedahkan namanya.

“Kami tidak dapat informasi pergerakan setiap doktor dari masa ke semasa kerana hospital yang besar,” kata pegawai itu lagi.

Selain itu, tidak didedahkan pembedahan apa yang dilakukan, tetapi Butt menerima bayaran bagi kerjanya dan dua rawatan susulan yang dilakukan dirumah mangsa.

Seterusnya, keadaan mangsa memburuk dan keluarganya bertindak membawanya ke hospital semula. Ketika itulah, baru mereka ketahui doktor yang merawat mangsa adalah palsu.

Begum dilaporkan meninggal dunia pada hari Ahad. Mayatnya akan dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Sumber: fm96.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.