Siakap Keli

Buat Pertama Kali, Amerika Guna Dron Untuk Isi Minyak Jet Pejuang Di Udara

AMERIKA SYARIKAT (AS)- Tentera Laut AS menggunakan dron Boeing untuk mengisi minyak pesawat semasa penerbangan, menurut seorang syarikat pembuat pesawat tersebut.

Pesawat tanpa pemandu Boeing MQ-25 T1 yang dihubungkan dengan F/A-18 Super Hornet semasa penerbangan ujian pada 4 Jun, lapor NDTV.com.

“Ujian menunjukkan kemampuan MQ-25 Stringray bagi menjalani misi pengisian bahan api di ruang udara,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, dron tersebut telah menyelesaikan 25 ujian penerbangan dan dijangka akan terlibat dalam satu ujian di Virginia menjelang akhir tahun ini.

Pada tahun 2018, Jabtan Pertahanan telah memberikan kontrak $805 juta (RM3.3 bilion) kepada Boeing bagi membangunkan dron tersebut.

Tujuan pembuatan dron itu bertujuan untuk mengisi minyak jet F/A-18 Super Hornet sekaligus membantu jet terbang untuk lebih lama, kata syarikat tersebut.

Sumber: NDTV.com

Atiqah Aliah