Siakap Keli
Kredit: TikTok @zamypurba

“Jangan Cuba Resepi Ni Di Rumah”, Lelaki Ini Buat Nasi Milo Dalam Cawan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lepas ‘fenomena’ kek dalam cawan, muncul pulak bermacam-macam inovasi masak dalam cawan ni. Salah satunya masak nasi dalam cawan.

Biasanya kita akan letak cawan berisi beras dalam periuk yang dah diisi air, kemudian tunggu je nasi masak. Dapat la hasil ala-ala nasi kukus dengan bentuk silinder macam yang beli kat kedai tu.

Teknik masak nasi dalam cawan ni sesuai digunapakai bila nak masak nasi dalam kuantiti yang sedikit. Nasi pun takda la melekat pada periuk. Dah tak payah susah-susah rendam dan tonyoh periuk yang penuh kerak nasi.

Lain pula dengan lelaki ini. Inovasi masak nasi dalam cawan ni diolah lagi dengan masak nasi milo dalam cawan. Masih menggunakan cara yang sama, lelaki ini walaubagaimanapun menambahkan air milo ke dalam cawan berisi beras yang kemudiannya dikukus dalam periuk nasi elektrik.

Video yang diunggah pengguna TikTok @zamypurba ini mendapat 16.3 juta tontonan dan 962.6 ribu sukaan setakat ini.

@zamypurba

Reply to @ffgameharamm Risau plak nak post part 2 untuk resepi kali ni🤣#nasimilo #cubatrytest #learntoday #sharingpurba

♬ Aku Budak Girl – Suekhaizhar

Nak tahu macam mana hasil nasi milo dalam cawan ni lepas dikukus 10 minit , tengok video di bawah.

@zamypurba

Reply to @badangtiktok35 Okey geng, nk nasi ape pulak lepas ni?😅#nasimilo #part2 #lockdown #sharingpurba

♬ BREAKFAST CHALLENGE – Spence

Sumber: TikTok @zamypurba

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.