Siakap Keli

Penuh Keberanian, Wanita Pukul Buaya Demi Selamatkan Kembarnya Dari Dibaham Di Mexico

MEXICO- Seorang wanita koma akibat diserang seekor buaya semasa bercuti di Mexico bersama kembarnya.

Melissa Laurie bersama kembarnya Georgia berusia 28 tahun berenang di sebuah lagoon kektika serangan itu berlaku.

Menurut BBC, Melissa diseret dibawah air pada 6 Jun ketika dia sedang berenang di Puerto Escondido.

“Georgia mendapati kembarnya tidak bergerak dan dia bertindak menyelamatkan kembarnya dengan berenang ke arah kapal semula,” kata Hana, kakak kepada kembar itu.

Menurut NDTV.com, Georgia diserang oleh buaya itu ketika cuba membawa kembarnya kembali ke kapal.

“Dia tertarik ke belakang dan bertindak memukul buaya itu. Dia pernah terdengar bagaimana untuk melawannya dan bertindak sedemikian,” tambah Hana.

Menurut laporan, Georgia menumbuk kepala buaya beberapa kali dan menyeret adiknya kembali ke kapal walaupun buaya itu kembali sebanyak tiga kali.

Disebabkan itu, dia mengalami kecederaan pada bahagian tangannya.

The Guardian mendedahkan bahawa Georgia dalam keadaan koma akibat jangkitan.

Oleh itu, Hana telah meminta dana daripada orang ramai di GoFundMe.

Dilaporkan, pemandu pelancong kembar itu diketahui tidak mempunyai lesen oleh orang tempatan dan menghilangkan diri sejurus kejadian itu.

Sumber: NDTV.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.