Siakap Keli
Gambar: Farah Afendy

Rasa ‘Sebijik’ Macam Spring Fries McD, Ini Resipi Buat ‘French Fries Homemade’ Guna 5 Bahan Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau kita selalu makan di restoran makanan segera, salah satu menu paling wajib kita beli ialah kentang goreng, betul tak?

Kentang goreng atau selalu disebut french fries ni banyak dijual di restoran. Nikmatnya makan kentang ni ketika waktu ia panas-panas lagi.

Orang pernah kata, kenapa nak susah-susah beli kalau benda boleh buat sendiri? Korang pernah cuba buat kentang goreng kat dapur sendiri?

Kalau belum, jom cuba resipi ‘french fries homemade’ yang dikongsikan oleh Farah Afendy di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official di bawah ini.

Resipi ‘french fries homemade’

Gambar: Farah Afendy

French fries homemade. Musim-musim lockdown ni kena la berjimat-cermat. Apa yang ada kat rumah kita buat la jadi makanan untuk anak-anak. Jimat belanja, sedap pulak tu.

*Rasa fries homemade ni macam Spring Fries McD tu. Resipinya:-

  • 5-6 biji kentang
  • Garam
  • Penyedap rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung
Gambar: Farah Afendy

1- Rebus kentang sampai separa empuk

2- Lenyekkan kentang, kemudian letakkan garam, penyedap rasa dan serbuk lada hitam

3- Masuk 1-2 sudu tepung jagung

4- Gaul rata

5- Leperkan adunan dan potong memanjang atau tekapkan ikut kreativiti anda

6- Kemudian goreng dengan api sederhana sehingga ‘golden brown’

7- SIAP

Gambar: Farah Afendy
Gambar: Farah Afendy

Sumber: Farah Afendy melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.