Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada 16 Jun ini, lapor Bernama memetik kenyataan Istana Negara.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, perbincangan itu merupakan inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda.
“Perbincangan ini berkaitan dengan usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.
“Ini adalah kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki Takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019,” katanya.
Perbincangan seumpamanya diadakan pertama kali pada 25 Oktober tahun lalu di Istana Negara.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada 16 Jun – Istana Negara pic.twitter.com/Fo53Ya3riX
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 9, 2021
Sumber: Bernama, Istana Negara