Siakap Keli

(Video) Dibesarkan Tanpa Ayah, Lelaki Ini Rakam Video Ajar Asas Kerja Rumah Untuk Kanak-kanak Senasibnya

Seorang lelaki membuka akaun Youtube bagi membantu mereka yang kurang memahami tugas-tugas asas yang tidak diajar di sekolah.

Rob Kenney merupakan ayah kepada dua remaja dan telah membuka akaun Youtube ‘Dad, How Do I‘ yang bermula pada bulan April dengan memuatnaik video cara-cara memakai tali leher.

Selepas sebulan setengah, akaun Youtube mendapat sambutan hangat dengan 3.42 juta subscribers.

9gag.com mendedahakan bahawa Kenny terinspirasi berbuat demikian kerana memori waktu kecilnya.

Dia mendedahkan bahawa dia dibesarkan di Bellevue, Washington bersama lapan beradik dan tinggal bersama ayahnya kerana masalah rumah tangga. Tak lama kemudia, ibu bapanya bercerai.

“Dia mendapat hak penjagaan, tetapi dia tidak mahukan kami. Saya rasa saya perlu bertindak, katanya pada majalah Shattered.

Ketika berusia 14 tahun, dia pindah ke rumah abangnya yang berusia 23 tahun selepas ayahnya enggan menjaga mereka lagi.

Selepas mempunyai anak, Kenny menyedari bahawa dia perlu menjadi ayah yang berdedikasi terutama ketika mereka menginjak dewasa.

Sumber: 9gag.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.