Siakap Keli

(Video) ‘Seram’ Tengok, Detik Cemas Doktor Selamatkan Budak Perempuan Tertelan Syiling

Menjadi lumrah bagi anak-anak kecil untuk bermain dan meneroka segala perkara baharu. Pun begitu, terkadang rasa ingin tahu yang membuak itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Manakan tidak, pantang nampak benda depan mata, pasti ia akan dimasukkan ke dalam mulut. Kadang-kadang sesetengah ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak telah menelan sesuatu benda yang berbahaya seperti syiling.

Sama seperti yang boleh dilihat menerusi video yang tular di Facebook ini, doktor dan jururawat dilihat berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai tertelan syiling.

Pada permulaan video, kanak-kanak itu masih lagi berada dalam keadaan tenang tetapi setelah dimasukkan wayar untuk menarik syiling tersebut, dia dilihat tidak dapat menaha sakit dan menangis.

Tidak dapat dipastikan usia kanak-kanak perempuan itu, tetapi doktor mencuba sebaik mungkin untuk mengeluarkan syiling itu.

Mujurlah, ia berjaya dikeluarkan dan kanak-kanak itu dilihat tidak lagi menangis kesakitan. Video tersebut mungkin boleh menjadi peringatan buat ibu bapa untuk sentiasa memeriksa anak-anak kecil ketika bermain.

Untuk pengetahuan anda, sekiranya syiling tersekat di kerongkong, anak anda mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti kesukaran menelan, muntah, sakit leher, sakit dada atau batuk secara tiba-tiba.

Manakala, jika duit syiling tersebut tersekat di bahagian usus, ia menyebabkan dinding usus terkoyak. Kebiasaannya najis akan bertukar menjadi warna gelap atau berdarah. Dalam tempoh ini, mereka akan mengalami sakit perut dan muntah.

 

 

Sumber: Kak Fadh, Sharp

"