Siakap Keli
Foto: Akhmal adalah Roy Panda

Abam Roy Panda Sedih, Orang Sebar Berita Palsu Kononnya Dah Meninggal Dunia Sebab Covid-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular di laman media sosial tentang perkhabaran seorang penghantar makanan, Akhmal Roy Panda dikatakan telah menjadi mangsa korban Covid-19.

Susulan daripada itu, pemilik akaun Facebook Akhmal Roy Panda menafikan dan berkata dia sihat-sihat sahaja. Dia tidak menyangka ada individu yang tergamak menulis berita palsu tersebut.

Katanya semasa dihubungi, bab-bab mati sebegini bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Malah kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan mereka bukan menjadi ‘orang pertama’ menyebarkan berita tidak sahih ini.

“Nak tidur pun takut ni. Lagipun biar ada kesedaran kata orang ramai… Berita tak sahih janganlah sewenangnya dikongsi-kongsi”

“MasyaAllah… SubhanaAllah… Mohon pastikan berita sebenar-benar berita baru kongsi.”

Tolong jangan di teruskan penyebaran… Sedang mencari punca sebenar… Tindakan susulan bakal di ambil… Mohon yang menjadi punca untuk tampil dan berhentikan penyebaran berita PALSU tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada semua yg terkesan…

 

Sumber: Akhmal Adalah Roy Panda

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.