Seorang bapa kepada pelajar sekolah dilaporkan nekad menikam pengetua sebuah sekolah di Desa Ulupulu 1, Indonesia pada Selasa gara-gara anaknya dilarang menjawab peperiksaan kerana yuran jawatankuasa sekolah belum dilunaskan, lapor portal iNews.id.
Akibat daripada tindakan suspek yang berusia 45 tahun itu, pengetua sekolah yang berusia 49 tahun tersebut harus segera dikejarkan ke Pusat Kesihatan Nangaroro.
Ketua Desa Ulupulu 1, Emilianus Meze menyatakan, insiden itu terjadi pada Selasa pagi. Pihak polis telah dimaklumkan dan sedang mencari suspek yang menikam pengetua tersebut.
“Kejadian itu berlaku pagi tadi, sekitar jam 8 pagi di sekolah. Mangsa sudah dibawa ke Pusat Kesihatan Nangaroro,” kata Emilianuss.
Pegawai penyiasat, Aipda Yohanes Bhara menyatakan, pihaknya sudah mendapat laporan mengenai insiden tikaman tersebut. Pihak polis telah tiba ke tempat kejadian dan menangkap suspek di rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu.
“Ya betul, kami sedang berada di tempat kejadian untuk menangkap suspek,” kata Aipda Jimi.
Menurut Aipda Jimi, berdasarkan maklumat awal, kejadian itu bermula ketika anak suspel dilarang oleh sekolah untuk mengambil peperiksaan. Sebabnya ialah pelajar itu belum membayar duit jawatankuasa sekolah.
“Ini berkaitan dengan pengusiran anak suspek daripada mengambil peperiksaan sekolah oleh mangsa (guru). Ini kerana mangsa belum membayar wang panitia sekolah sebanyak 1.7 juta Rupiah,” katanya.
Pada masa ini, mangsa yang ditikam masih lagi dirawat secara intensif di Pusat Kesihatan Nangaroro. Polis Nagekeo juga masih menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut.
Sumber: iNews.id