Siakap Keli

Dapat 9A & A+ Dalam Subjek ‘Tasawwur Islam’, Kejayaan Pelajar Bangsa India Ini Buat Ramai Kagum

Tanggal 10 Jun 2021 pada hari ini merupakan detik paling dinantikan oleh pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020.

Sesuatu yang sangat mencabar sebenarnya apabila mereka terpaksa mengharungi peperiksaan besar dalam keadaan wabak COVID-19 masih lagi ‘mengganas’.

Namun seperti yang dilaporkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md. Jidin hari ini, pencapaian SPM 2020 ini mencipta kejutan baharu apabila data menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya pula ada berkongsi kisah tentang seorang pelajar berbangsa India yang mendapat keputusan cemerlang.

Namun menariknya, pelajar ini dikatakan mendapat ‘inspirasi’ ilmu bukan daripada buku semata-mata, malah melalui rancangan sejarah dunia Islam, Jejak Rasul yang ditayangkan pada Ramadan lalu.

Mari ikuti kisah inspirasi ini.

“Selamat pagi abang Ahmad..saya baru je terima keputusan SPM sebentar tadi. Dan syukur! Saya telah mendapat 9A dan A+ untuk Tasawwur Islam!

Semestinya rancangan-rancangan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Halaqah dan khususnya Jejak Rasul telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam.

Saya sentiasa berhutang budi kepada kesemua rancangan yang sangat bermaklumat dan para penyampai ilmu yang berpengetahuan luas.

Terima kasih kepada abang juga yang sentiasa berkongsi maklumat tentang Islam dan juga Bahasa Melayu di Instagram dan Facebook.

Semoga abang sentiasa dirahmati, amin.” tulisnya.

Orang kata, salah satu kunci kejayaan adalah fokus, usaha dan rajin. Itulah yang diamalkan oleh adik ini apabila dia sentiasa mencatat nota ketika mempelajari sesuatu, termasuklah menonton rancangan kegemarannya.

“Saja nak amalkan puasa enam”

Sementara itu, Fedtri juga berkongsi bahawa adik ini ada mengamalkan amalan berpuasa. Menariknya, jika kita berpuasa enam (ketika Syawal) kerana ianya sunat, namun adik ini dia berpuasa kerana sengaja nak ‘merasai’.

“Walaupun saya tahu puasa saya tidak sah sebab saya bukan Islam..”.

Dia tahu, dia bukan Islam dan amalan puasanya memang tidak dikira sebagai ibadah. Namun jauh di sudut hatinya, dia tetap berbuat demikian kerana nak merasai apa yang umat Islam amalkan.

Pada Fedtri, ini satu usaha yang sungguh murni. Malah katanya lagi dalam ciapan itu, “Moga menjadi asbab hidayah..”.

Apa kata netizen

Perkongsian menarik Fedtri ini meraih perhatian netizen. Rata-rata mereka begitu kagum dengan kejayaan yang dicapai oleh adik ini.

Sudahlah merangkul keputusan cemerlang, malah turut berjaya mendapat A+ dalam mata pelajaran Tasawwur Islam yang ternyata bukan ‘pegangannya’ sendiri.

Mari kita lihat apa kata netizen di bawah ini.

“Semoga menjadi asbab…”

“Penceritaan Jejak Rasul yang menarik…”

“Tulisan penuh dengan adab….”

Semoga kisah ini menjadi tauladan buat kita semua. Tahniah dik. Semoga menjadi manusia berjaya dalam hidup satu hari nanti.

Sumber: Twitter Fedtri Yahya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.