Siakap Keli
Gambar: Sas Barakah

Disebalik Terus Saman, Anggota Polis Ini Guna Budi Bicara, Pakaikan ‘Mask’ Untuk Makcik Yang Dipercayai ‘Pelupa’ Ini

Umum telah mengetahui bahawa pemakaian pelitup muka di tempat awam dan sesak adalah diwajibkan pada musim pandemik ini.

Jikalau seseorang itu gagal untuk mematuhi SOP yang dilaksanakan kerajaan sebagai salah satu langkah pencegahan menghindari jangkitan virus COVID-19, seseorang boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Namun begitu, lain pula ceritanya yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Sas Barakah ini. Kejadian yang dilaporkannya terjadi di Pasar Awam Parit, Perak, seorang makcik yang mempunyai masalah ‘pelupa’ telah keluar ke pasar tersebut dengan tidak memakai pelitup muka.

Anggota polis yang melihat makcik tersebut telah bertindak untuk memakaikannya pelitup muka di sebalik terus menyamannya kerana kesalahan yang jelas itu.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian itu seperti berikut:

*Ehsan dan Empati*

Kejadian di Pasar Awam Parit, Perak

Makcik ini ke Pasar Parit tanpa mask tidak terus disaman kerana warga emas ini selalu terlupa dalam erti kata masalah orang-orang tua. Bertindak segera memakaikan mask supaya makcik ini dapat dilindungi daripada virus covid-19 dan memberi sedikit nasihat supaya dapat melindungi diri dengan keadaan semasa yang agak merbahaya jika tidak mematuhi arahan memakai mask.

Syukur, makcik ini menerima teguran dan mengangguk faham, tanda terima kasih.

“Jadilah engkau dalam kehidupan orang lain seperti butiran-butiran gula, meskipun engkau tidak tampak namun engkau meninggalkan rasa (kesan) yang manis bagi orang lain”

Sumber: Sas Barakah

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.