Siakap Keli

Dron Ditembak Dipercayai Ceroboh Ruang Udara Pangkalan Tentera Iraq Dan AS

IRAQ- Dua dron ditembak kerana memasuki pangkalan udara Iraq yang menempatkan tentera AS dan tentera Iraq pada hari ahad lepas, kata tentera Iraq dalam satu kenyataan.

Menurut laporan, sistem pertahanan udara di Pangkalan Udara al-Asad merupakan salah satu pangkalan tentera terbesar dan tertua di Iraq telah didatangi dua dron dan menembak dron tersebut, kata kenyataan itu.

Sebelum kejadian, Pusat Sokongan Diplomatik Baghdad (BDSC) di ibu kota Iraq telah didatangi satu roket yang berpusing di sana, kata jurucakap pakatan pimpinan AS, Wayne Marotto.

“Satu roket ditembak berhampiran BDSC dan tiada yang cedera atau mendatangkan kerosakkan. Serangan masih dalam siasatan” tulisnya dalam Twitter.

Tidak jelas siapa yang melancarkan dron tersebut atau serangan roket di BDSC.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.