Zaman dah berubah, cabaran membesarkan anak-anak pun makin susah. Bukan sahaja perlu pastikan kecukupan dari segi ekonomi, tapi juga perkembangan mental, emosi dan spiritual anak-anak.
Dengan bermacam-macam pengaruh negatif di Internet, kanak-kanak terdedah kepada kandungan berunsur sensitif sama ada secara sedar atau tidak setiap kali mereka memegang gajet.
“Alah, anak aku tengok kartun je.”
Iya, mungkin sekali imbas memang hanya kartun yang dilihat. Namun adakalanya kartun yang ditonton turut menyelitkan sedikit sebanyak unsur sensitif yang tidak sesuai dilihat mereka. Lama-kelamaan ia boleh memberi kesan kepada minda anak-anak.
Oleh itu, penting untuk kita menapis kandungan video yang ditonton anak-anak di Internet sepertimana ditunjukkan CT Hajar Zorodi ini.
Ramai yang suruh aku ajar cara nak setting YouTube supaya anak2 Tak boleh buka YouTube cartoon yang ada unsur lucah. Jadi aku ajar step by step. Boleh la buat panduan.
Sebelum tu bukak aplikasi YouTube dulu. Kita setting Kat YouTube.
1. Keluar senarai macam dalam gambar. Tekan ‘setting’.

2. Klik ‘General’

3. Akhir sekali tekan ‘Restricted mode’. Jadi dah selesai.

Sumber: CT Hajar Zorodi, Research Gate