Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Kahwin Dengan Tembok, Ini 5 Perkahwinan ‘Pelik’ Manusia Berkahwin Dengan Objek

Perkahwinan merupakan salah satu fasa paling bahagia dalam hidup seseorang. Bukan sahaja buat diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat handai turut sama berkongsi kegembiraan apabila melihat orang tersayang bahagia bersama pilihan hidup.

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang asing untuk setiap insan bergelar manusia. Tapi bagaimana pula sekiranya perkahwinan itu dilangsungkan bukan dengan manusia?

Ini lima perkahwinan paling pelik di dunia yang mungkin buat anda tercengang.

1. Bantal

Kredit: I Am Lejen

Lelaki berusia 28 tahun berasal dari Korea, Lee Jin-gyu menikahi sebuah bantal yang merupakan karakter anime kesukaannya Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Ia merupakan karakter dari anime Fate Testarossa. Majlis pernikahan Lee dan bantal kesayangannya ini dilangsungkan lengkap dengan jurunikah dan mendapat soroton pihak media.

2. Tembok Berlin

Kredit: I Am Lejen

Eija Riitta, seorang wanita asal Sweden mengambil keputusan untuk berkahwin dengan ‘buah hati’nya sejak berumur tujuh tahun iaitu tembok Berlin. Ritta mengakui jatuh cinta pada tembok tersebut sejak pertama kali melihatnya di televisyen dan mengambil keputusan menikahi tembok itu.

3. Trak

Kredit: I Am Lejen

Wanita dari California, Maria Griffin mengambil keputusan mengahwini sebuah trak Ford apabila menyedari ketertarikannya terhadap kenderaan. Dia melangsungkan perkahwinan dengan trak yang dibelinya itu dalam satu majlis yang diuruskan rakannya sendiri.

4. Menara Eiffel

Kredit: I Am Lejen

Paris sangat terkenal dengan gelaran kota cinta. Wanita 39 tahun yang dikenali sebagai Erika ini juga jatuh cinta di kota tersebut. Berbeza dengan individu pada umumnya, Erika, seorang bekas tentera yang menetap di San Francisco jatuh cinta kepada monumen paling terkenal kota Paris, iaitu menara Eiffel.

Wanita ini juga membuat pilihan berkahwin dengan menara tersebut yang juga merupakan pilihan terakhirnya.

5. Diri Sendiri

Kredit: I Am Lejen

Berbeza dengan empat perkahwinan yang disenaraikan di atas, Liu Ye, seorang lelaki berusia 42 tahun asal China nekad mengahwini dirinya sendiri. Liu Ye menampal gambarnya yang memakai solekan dengan busana merah pengantin perempuan di hari pernikahan tersebut. Dia melangsungkan perkahwinan dengan dirinya sendiri di hadapan 100 orang tetamu jemputan.

Daripada lima senarai perkahwinan terpelik ini, mana yang anda rasa paling pelik?

Sumber: I Am Lejen

Eyla Azri