Siakap Keli
Kredit: YouTube Jazz & Japan

Kisah Syarikat Buat Video Minta Maaf, Naikkan Harga Aiskrim 38 sen Selepas 25 Tahun Tak Naik Harga

Jepun sangat terkenal dengan etika dalam bekerja. Malah negara matahari terbit itu menjadikan kerja sebagai salah satu budaya dalam masyarakat mereka.

Negara itu juga dikenali dengan servis khidmat pelanggan yang sangat baik. Jepun menerapkan kesopanan dalam budaya kerja dan sangat menghormati serta mengutamakan kepuasan pelanggan.

Sebuah syarikat pengeluar aiskrim di Jepun, Akagi Nyugyo, menzahirkan permintaan maaf melalui sebuah iklan kerana menaikkan harga salah satu aiskrim keluaran mereka setelah 25 tahun ia kekal dengan harga yang sama.

Kredit: Facebook Harapeco Japanese Kitchen

Aiskrim popular keluaran syarikat itu, Garigari-kun dinaikkan harga dari 60 (RM2.26) Yen ke 70 (RM2.63 Yen. Kenaikan sebanyak 10 Yen (38 sen), ini memicu syarikat Akagi untuk membuat permintaan maaf secara terbuka melalui iklan yang disiarkan di saluran televisyen nasional negara itu.

Kredit: YouTube Jazz & Japan

Video berlatarkan lagu rakyat ini meluahkan kekesalan dengan tulisan yang bermaksud, “kami kekal untuk 25 tahun tetapi…” diikuti dengan angka 60, anak panah dan angka 70.

Kemudian presiden syarikat, Inoue Sota, bersama pengerusinya, Hideki Inoue dan para staf Akagi menunduk sebagai tanda maaf kepada umum.

Syarikat pengeluar aiskrim tersebut mengambil keputusan untuk menaikkan harga Garigari-kun atas sebab peningkatan kos pengeluaran dan pembungkusan sejak perlancaran produk tersebut pada tahun 1981.

Sumber: Japan Today, Independent UK

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.