Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan: Petugas Kesihatan dan petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan proses pengebumian jenazah pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah - BERNAMA

Remaja Usia 13 Tahun Antara 73 Kes Kematian Covid-19 Hari Ini

Malaysia mencatatkan kes kematian harian akibat jangkitan Covid-19 sebanyak 73 kes pada hari ini, berbanding 75 kes pada semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 3,684 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 73 kes kematian pada hari ini melibatkan 29 kes di Selangor, 11 kes di Johor, lapan (8) kes di Negeri Sembilan, masing-masing empat (4) kes di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang, tiga (3) kes di Pahang, dua (2) kes di Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka, Sabah, Terengganu, dan Perak.

Mendukacitakan, satu-satunya remaja perempuan warganegara berusia 13 tahun turut dilaporkan maut. Mangsa dengan nombor kematian 3680, berasal dari Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah penyakit buah pinggang kronik dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Selain itu, terdapat seorang mangsa di bawah usia 30 tahun yang turut maut pada hari ini iaitu lelaki warganegara berusia 27 tahun yang berasal dari Johor. Mangsa dengan nombor kematian 3630 dengan latar belakang obesiti meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Sumber: kpkesihatan.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.