Sedar atau tidak, sebaik masuk ke dalam pasaraya, anda bagaikan sudah ‘terpisah’ dari dunia di luar. Seperti yang semua tahu, kebanyakan pasar raya sememangnya terletak di dalam sebuah banggunan yang tertutup.
Apa tidaknya, pasaraya yang kebiasaan kita kunjungi tiada tingkap di sepanjang dinding, dan hanya boleh melihat ke luar menerusi pintu masuk utama sahaja, itupun sekiranya pintu tersebut berada betul-betul di tepi banggunan.

Kenapa kebanyakan pasar raya tiada tingkap?
Sebenarnya, kekurangan tingkap adalah komponen psikologi berbelanja yang diterapkan oleh pihak pengurusan. Perkara ini adalah kerana mereka cuba mewujudkan persekitaran di mana pelanggan berasa selesa menghabiskan masa dan wang di dalamnya.
Disebabkan itu jugalah kebanyakan pasar raya mempunyai lantai berjubin, dan muzik yang dimainkan dalam tempo yang sesuai mengikut situasi semasa.
Bagi kes tingkap pula, pasar raya inginkan ‘waktu yang tertangguh’ di dalam diri pembeli. Ianya membawa maksud bahawa pembeli tidak akan melihat keadaan di luar seperti melihat cuaca buruk atau mendung dan terus mempercepatkan pembelian. Seperti hipotesis yang boleh dibina, semakin lama mereka membeli-belah, semakin banyak perbelanjaan yang akan mereka sumbangkan kepada pasar raya tersebut.
Selain itu, tingkap pada pasar raya juga boleh menyebabkan kesan pudar pada bungkusan menerusi cahaya matahari. Ianya akan menyebabkan pelanggan kurang berminat untuk membeli dan jumpa pembelian berkurangan.
Sumber: Mental Floss