Siakap Keli
Kredit: TikTok @salsya_42

(Video) Buat Majlis Kahwin Tepi Jalan, Tiba-Tiba Kerbau Melintas Depan Pelamin Buat Pengantin Senyum

Korang lebih suka majlis kahwin indoor ke outdoor? Bagi yang buat majlis indoor macam kat hotel atau dewan, selalunya kita boleh jangka masalah macam mana yang mungkin timbul. Tapi kalau yang pilih untuk buat majlis outdoor pulak, memang kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Macam pasangan pengantin dari Indonesia ni, lain macam cabaran majlis perkawinan mereka. Mana taknya, tengah posing untuk sesi fotografi tiba-tiba kena berhenti sebab ada kerbau lalu depan pelamin.

Video yang diunggah di akaun TikTok @salsya_42 ini mendapat soroton warga net apabila ditonton 751.3 ribu kali dan mendapat 21.2 ribu sukaan.

Salsya, pengunggah video tersebut berkata kepada Tribunnews, video ini dimuatnaik hanya sekadar hiburan dan tidak berniat mempermalukan pengantin sekeluarga.

Pada awalnya, kedua mempelai sedang pose untuk sesi fotografi dengan arahan jurugambar. Kemudian tiba-tiba ada kerbau yang lalu di depan pelamin, diikuti beberapa orang warga setempat.

Oleh kerana di tempat tersebut masih banyak petani yang membajak sawah menggunakan kerbau, maka mereka sudah sedia maklum akan hal itu.

“Melihat kerbau yang lalu di depan pelaminnya, pengantin hanya tersenyum dan tak komen apa-apa,” kata Salsya yang juga merupakan kru perancang majlis perkahwinan itu.

Menjawab persoalan warga net yang tertanya-tanya kenapa jalan tersebut tidak ditutup untuk memberi ruang kepada majlis, Salsya menegaskan bahawa pernikahan tersebut tidak menggunakan jalan umum.

“Mereka mengadakan perkahwinan di halaman rumah, cuma halamannya tak terlalu luas hingga memakan sedikit jalan,” kata Salsya kepada Tribunnews.

@salsya_42

#fypシ #viral #foryoupage #viraltiktok misi misi mau lewat😂

♬ original sound – &.DEVAN🇲🇨 – Tik Toker

Sumber: Tribunnews

Eyla Azri