Siakap Keli
Gambar via TikTok @fiqbieziy38

(Video) Guna Sabun ‘Ajaib’ Kedai RM2 Dan Sunlight Je, ‘Buntut’ Periuk Hitam Berkerak Terus Hilang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila tengok belakang periuk berkerak hitam, nak masak pun rasa takda mood kan. Kalau nak sental belakang periuk tu mahu berjam. Sampai kematu jari pun belum tentu berkilat periuk tu. Bila dah fedup mula la rasa nak masuk tong sampah, beli baru.

Eh, jangan dibuang periuk tu!

Tahu tak sebenarnya tak susah pun nak hilangkan kesan degil kat belakang periuk. Korang cuma kena guna bahan-bahan yang betul je. Bahan-bahan ni pulak senang je nak dapat. Tinggal gosok-gosok sikit dengan pemberus keluli, terus periuk korang nampak macam baru.

Video yang diunggah oleh pengguna akaun TikTok @fiqbieziy38 ni boleh kasi settle masalah periuk hitam korang. Video tutorial cuci belakang periuk ini mendapat 145.9 ribu tontonan dan 9.4 ribu sukaan di TikTok.

Tak payah dah susah-susah sental periuk berjam-jam, ikut je tutorial abang ni, terus berkilat belakang periuk korang.

Nak tahu macam mana nak hilangkan kerak hitam belakang periuk? Jom tengok video di bawah.

@fiqbieziy38

Cara mudah hilangkn kesan hitam belakang periuk..#bieziyapaharini #lockdown #fypシ #stayathome #fyp #DIY #good4u #basuh

♬ Aku Budak Girl – Suekhaizhar

Sabun ‘ajaib’ apa abang ni pakai sampai berkilat macam tu sekali periuk dia? Nak tahu rahsianya, tengok video bawah ni.

@fiqbieziy38

Reply to @cahayabulansagatarius ni dia sabun tu..murah ja weiiii..#bieziyapaharini #lockdown #DIY #ecorm2 #fyp #stayathome #basuh #good4u

♬ original sound – Abg Bieziy – Abg Bieziy

Sumber: TikTok @fiqbieziy38

Eyla Azri