Siakap Keli
Gambar: Khaby.Lame

(Video) Mungkin Hairan, Individu Persoal Bagaimana Video Ni Dapat 5.7 Juta ‘Likes’, Ini Jawapan ‘Masuk Akal’ Oleh Warganet

Mungkin ramai yang sudah kenal dengan seorang selebriti aplikasi TikTok yang sehingga kini sudah mempunyai 67.9 juta pengikut di aplikasi berkenaaan. Dikenali sebagai Khaby.Lame, lelaki yang tidak mengeluarkan suaranya membuat pelbagai video ‘respon’ balas kepada video-video yang lain.

Menerusi satu video terbaru yang dimuat naik olehnya, memaparkan cara dirinya membuka pintu dengan mudah. Perkara ini kerana pada permulaan video memaparkan seorang gadis sukar untuk membuka pintu tetapi dirinya sendiri yang menahan menggunakan kaki.

@khaby.lame

Lol 🤦🏿‍♂️ #learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok

♬ suono originale – Khabane lame

Video tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila dalam masa 16 jam telah mendapat lebih 55 juta tontonan.

Pun begitu, apa yang menarik perhatiannya adalah apabila seorang pengguna aplikasi itu yang mempersoalkan bagaimanakah video tersebut boleh mendapat 5.7 tanda suka pada ketika itu.

Menjengah ke ruangan komen tersebut, ramai yang memberi respon balas kepada persoalan individu berkenaan. Nampaknya mereka seakan-akan sudah menyangka bahawa jutaan tanda suka bagi video yang diterbitkan oleh Khaby Lame adalah perkara biasa.

Antara jawapan kepada persoalan individu tersebut adalah video yang dimuat naik itu sebenarnya daripada Khaby Lame.

Sehinggi kini, video berkenaan sudah memperolehi 8.2 juta tanda suka walaupun belum cukup sehari ianya dimuat naik.

Sumber: Khaby Lame

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.