Siakap Keli

(Video) “Sedap, Macam Makan…”, Adam Corrie Jawab Soalan Isteri Apa Rasa Makan Katak Semasa Belum Peluk Islam

Korang pernah makan katak? Bagi yang Muslim, mesti tidak ada yang pernah lagi sebab ianya tidak termasuk dalam haiwan yang halal dimakan.

Namun bagi bukan Muslim, mungkin katak itu adalah hidangan yang cukup menyelerakan, apatah lagi dimasak dengan pelbagai jenis lauk.

Baru-baru ini, abang ‘Dragon’ kita, Adam Corrie ada berkongsi tentang macam mana sebenarnya rasa katak semasa sebelum bersyahadah dulu.

Nak tahu katak ni rasa apa? Jom ikuti perkongsian Adam Corrie ini.

Kongsi pengalaman makan katak

Bidadari suka tanya, apa yang saya makan (non-halal) sebelum syahadah..hari itu dia tanya pasal babi dan arak..kali ini tanya pasal katak pulak.

Apa lagi saya usik la dia ‘katak masak kam heong, masak cili kering. Sebab dia geli dengan katak..

Pengalaman dulu dengan sekarang. Islam ajar kita pilih apa sahaja makanan yang bersih & halal untuk kesihatan.

Nak tahu lebih lanjut pasal halal, harus, makruh dan haram makanan boleh rujuk kepada yang lebih arif. Setiap haiwan yang dijadikan boleh jadi halal pada asalnya, boleh bertukar jadi haram pada ketikanya mengikut situasi. Begitulah sebaliknya.

Rujuk pada ahlinya, mazhad dan sebagainya. Saya bukan ustaz.

(Ini) video tahun lepas. Ini salah satu dakwah santai saya pada (yang) belum Muslim & saudara Muslim saya tentang pengalaman saya.

Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.

#AdamCorrie #CinaMuslim

@adamcorrie_

Bidadari saya takut katak. Suka tanya saya apa saya makan sebelum syahadah. Dulu tanya pasal babi. #adamcorrie #fyp #katak #fypmalaysia #cinaMuslim

♬ bunyi asal – Adam Corrie – Adam Corrie

Apa kata netizen

Sementara itu, ada beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka bertanyakan soalan yang serupa ahli keluarga yang mualaf. Jom ikuti perkongsian mereka ini.

“Babi lagi sedap dari kambing…”

“Pernah tanya soalan kat arwah mak..”

“Ada yang geli makan babi..”

Sumber: Facebook Adam Corrie

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'