Siakap Keli

Ada Bakat Menulis & Nak Cari ‘Income’? Ini Jenis-jenis Kerja Penulisan Kalau Korang Nak Jadi ‘Freelance Writer’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Korang ada bakat menulis? Kalau tengah dalam ‘mood’ menulis, biasanya perkara apa yang korang ‘muntahkan’ melalui pena dan papan kekunci?

Setiap individu yang mahir menulis biasanya sudah ‘expert’ dalam hukum-hakam penulisan seperti tatabahasa, penggunaan istilah, laras bahasa, ‘intonasi’ ayat, ‘angle’ dan sebagainya.

Tahukah korang, dengan bakat menulis yang ada inilah kita boleh mengubahnya menjadi sumber pendapatan peribadi iaitu dengan menjadi penulis bebas.

Penulis bebas atau lebih umum disebut ‘freelance writer’ ini selalu dicari oleh kebanyakan syarikat untuk menghasilkan ‘copywriting’ iklan produk yang menarik.

Kalau korang nak jadi ‘freelance writer’ dan nak tahu ‘arah’ mana yang korang boleh ikut, apa kata korang baca perkongsian Fadzi Razak di bawah ini. Semoga membantu.

Berikut di bawah adalah senarai jenis kerja penulisan yang korang boleh tawarkan kepada syarikat. Benda ni ikut pada kemahiran korang sendiri. Jom.

Jangan tak tahu, kerja buat ‘copywriting’ untuk kandungan (content) media sosial produk ni laku keras tau. Korang kan penulis berbakat, jadi korang je yang tahu macam mana nak buat ayat yang ‘padu’ supaya orang tertarik dengan produk.

Tahu tak zaman sekarang terlalu ramai yang sedang cari kerja. Tapi bukan semua daripada mereka ‘reti’ buat resume sendiri. Hah, waktu inilah peluang korang untuk tampil ‘bantu’ mereka….dalam masa sama korang dibayar untuk servis tu.

Mana-mana filem, novel atau drama yang ‘laku keras’ di pasaran, segalanya adalah bermula daripada skrip yang dihasilkan. Skrip itulah pemula cerita. Tiada skrip, cerita tidak akan menjadi.

Kalau korang jenis berimaginasi tinggi, berpengetahuan yang cukup luas serta minat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam minda, rasanya korang sesuai jadi penulis skrip.

Tahukah korang, di negara luar atau barat khususnya, industri filem mereka sangat ‘mengangkat’ penulis skrip berbanding pengarah. Kerana apa?

Kerana cerita itu datang daripada idea penulis skrip, bukan pengarah. Malah ada yang mengatakan, penulis skrip di sana kebanyakannya dibayar dengan royalti yang cukup tinggi kerana filem yang menelan kos berjuta-juta itu bermula daripada senaskah manuskrip.

Tidak dinafikan, bidang penterjemahan di negara kita belum lagi mencapai tahap yang tinggi. Namun cuba lihat jiran kita, Indonesia, di sana terlalu banyak industri penterjemahan buku daripada bahasa asal ke Bahasa Indonesia.

Di negara kita ada banyak buku-buku antarabangsa yang menarik dijual di pasaran, cuma tidak banyak yang sudah diterjemah ke Bahasa Melayu. Apa kata dengan ilmu bahasa yang korang ada ni, korang cuba jadi penterjemah buku. Mana tahu laku keras?

Dalam kerja-kerja suntingan video, antara yang cukup ‘renyah’ nak dibuat adalah menulis sarikata (subtitles). Penyunting terpaksa dengar semula dialog satu-persatu untuk ditulis ke ruangan sarikata.

Apa kata korang buat servis ni? Korang kan ‘freelance’, jadi pandai-pandailah susun masa sendiri untuk buat kerja tu. Di bawah ini pula ada banyak lagi kerja ‘freelance’ yang korang patut cuba.

Nak tahu tak, kerja menulis ni bukan perlu masuk pejabat, ‘punch card’, kena pakai pakaian seragam dan sebagainya. Korang boleh bekerja di mana-mana saja. Asalkan ada komputer sendiri, telefon pintar dan idea.

Pandemik pun entah bila akan berakhirnya. Apa kata korang cuba dulu jadi ‘freelance writer’ ni, mana tahu masyuk?

Sumber: Twitter Fadzi Razak

"