UGANDA- Seekor buaya dengan panjang hampir 5 meter telah memakan 80 orang termasuk kanak-kanak, ditangkap oleh orang ramai.
Buaya yang digelar “Osama” oleh penduduk tempat itu dikatakan berumur 75 tahun dan diyakini melakukan pembunuhan selama 14 tahun di kawasan Luganga, Uganda.
Menurut laporan, binatang buas itu akan muncul di Danau Victoria iaitu danau terbesar Afrika bertujuan menculik mangsanya.
The Sun menyatakan bahwa “Osama” itu biasanya berenang dibawah bot nelayan bagi membalikkan perahu dan memakan mangsa.
Menurut Kompas.com, terdapat seorang mangsa yang terselamat menceritakan pengalamannya melihat bagaimana reptilia itu membunuh saudaranya.
“Ketika kejadian, saya sedang mendayung sampan dibelakang mangsa. Buaya itu melompat secara tiba-tiba ke arah saudara saya Peter,” kata Paul Kyewalyanga kepada Sydney Morning Herald.
“Reptilia itu bijak apabila dia menjatuhkan badannya ke dalam sampan membuatkan sampan memberat,” tambahnya.
Haiwan itu mencengkap kaki Peter dengan rahangnya yang besar dan menarik Peter untuk membawanya ke dalam air.
Namun, tiada yang dapat dibantu dan akhirnya Peter ditarik ke dalam air. Mereka menemui kepala dan tangannya selepas beberapa hari kemudian.
Disebabkan itu, penduduk setempat ketakutan dan bertindak menangkapnya. Setelah berjaya ditangkap, mereka membawanya ke Uganda Crocs untuk dijadikan barangan kulit.
Sumber: Kompas.com