Siakap Keli
Kredit: TikTok @syifajamill

Guna 4 Bahan Je, Wanita Kongsi Resipi ‘Choconde’, Onde-Onde Coklat Cair Dalam Mulut

Siapa tak kenal kuih onde-onde yang turut dikenali dengan nama Buah Melaka ni. Malah onde-onde ini adalah salah satu juadah yang lazim mak-mak kita buat.

Onde-onde biasanya berwarna hijau, berbentuk bulat dan disaluti dengan parutan kelapa di luarnya. Bila gigit tu dapat rasa tekstur kenyal-kenyal, dengan manis inti gula Melaka cair dalam mulut.

Selain gula Melaka, korang pernah tak cuba onde-onde inti lain?

Video resepi onde-onde yang diunggah pengguna TikTok @syifajamill ni lain daripada yang lain tau. Video ini mendapat 1.2 juta tontonan dan 151.1 ribu sukaan setakat ini.

Kalau selalu kita makan onde-onde inti gula Melaka, akak ni buat onde-onde inti coklat. Tapi jangan risau, bahan-bahan yang digunakan untuk buat onde-onde ni tak pelik-pelik pun dan sangat mudah didapati.

Onde-onde inti coklat atau nama glamournya, ‘Choconde’ ni kalau para ibu di luar sana buat untuk anak-anak, mesti sekelip mata je tinggal bekas. Cara nak buat ‘Choconde’ ni pun sangat senang.

Nak tahu macam mana nak buat ‘Choconde’, ikuti video di bawah.

@syifajamill

Reply to @xmmxr94 TQ for the recipe @amirul.fikry ! #Lockdown #MYLockdownFoodie #MYFoodie #Ondeonde #WrongDoor

♬ Kanan Kiri Remix – elysia✨

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @syifajamill

Eyla Azri