Siakap Keli

Pekerja Hospital Kantoi, Guna Kad Debit Pesakit Yang Baru 17 Minit Meninggal Dunia Untuk Beli Kudapan

UNITED KINGDOM- Seorang pekerja kesihatan mengaku menggunakan kad debit pesakit yang telah mati untuk membeli makanan ringan dari sebuah mesin layan diri selepas 17 minit mangsa mati.

Ayesha Basharat, 23 tahun, dihadapakn ke mahkamah Birmigham atas tuduhan menggunakan kad mangsa yang telah mati di Hospital Heartlands, lapor ITV.

Menurut polis, doktor telah merekodkan kematian mangsa yang berusia 83 tahun itu pada jam 1:56 petang. Namun, terdapat rekod penggunaan kad debit hanya selepas 17 minit rekod kematian dicatatkan.

Pelaku didakwa melakukan enam pembelian dengan menggunakan kad tersebut dan kemudiannya melakukan sekali lagi pada belah petang.

Seterusnya, Basharat cuba untuk menggunakannya lagi selepas empat hari tetapi terbatal kerana kad itu sudah tidak aktif lagi.

Kedai tersebut bertindak menghubungi polis dan kad tersebut masih bersama pelaku.

Dia menafikan dakwaan dengan menyatakan dia terjumpa kad tersebut dilantai dan menyatakan dia keliru dengan kad miliknya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan bahawa kedua-dua kad tersebut memiliki warna yang berbeza.

New York Post, Basharat telah ditahan atas tuduhan pencurian dan penipuan dengan pernyataan palsu.

Sumber: New York Post

"