INDONESIA- Seorang mayat hangus terbakar ditemui di sebuah ladang di Indonesia. Dia ditemui oleh pejalan kaki yang melalui jalan di situ.
Pada ,ulanya, saksi sangkakan kepulan asap yang dilihat itu merupakan sampah yang dibakar, Namun saat mendekati kepulan asap itu, saksi melihat seorang mayat hangus terbakar.
Menurut Tribun News, mayat tanpa identiti itu ditemui oleh Dudi yang berusia 23 tahun yang tinggal berdekatan dengan lokasi kejadian.
Musa Tampubolon, seorang polis mendakwa berkemungkinan mayat yang terbakar itu merupakan mangsa pembunuhan.
“Berkemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan kemudian membakarnya dilokasi penemuannya,” katanya kepada Tribun News.
Namun selepas diperiksa, mayat tiada kesan menunjukkan ada pergelutan.
“Mayat yang disahkan lelaki itu dibawa ke Hospital Bhayangkara Makassar untuk dibedah siasat,” kata polis itu lagi.
Sumber: Tribun News