Siakap Keli

Tingkatkan Bilangan Badak Putih, Taiwan Hantar Badak Putih Berumur 5 Tahun Ke Jepun

JEPUN- Seekor badak berusia lima tahun dilaporkan berjalan dari Taiwan ke Jepun kerana ingin mencari pasangan.

Emma, ditempatkan di Zoo Tabu, Jepun bersama seekor badak berusia 10 tahun bernama Moran.

Menurut BBC News, dia (Emma) merupakan salah satu daripada 23 ekor badak yang dihantar ke Jepun. Tujuan badak-badak tersebut dihantar ke Jepun adalah bagi meningkatkan bilangan badak putih di Asia.

Menurut Tabung Alam Sedumia (WWF) menganggarkan badak putih Asia kini hanya sekitar 18,000 ekor.

“Selepas beberapa kali ditangguhkan disebabkan pandemik, Emma tiba di zoo kami pada malam 8 Jun,” kata Zoo Saitama Tobu dalam satu pernyataan.

Emma sebelum ini tinggal di Taman Leofoo Safari, Taiwan dan menempuh 16 jam untuk sampai ke Jepun.

Sumber: BBC News 

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.