Siakap Keli

(Video) Bangunan Runtuh Dan Hempap Bas Menyebabkan Sekurang-kurangnya 9 Terbunuh

KOREA SELATAN- Sebuah bangunan lima tingkat runtuh dan jatuh ke atas sebuah bas menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang tebunuh, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan negara itu.

Dilaporkan bahawa bas tersebut tidak bergerak kerana kesesakan lalulintas. Kejadian tersebut berlaku di Gwangju pada hari rabu lalu menyebabkan 25 orang cedera dan lapan daripadanya cedera parah.

Selain itu, CNN melaporkan bahawa 16 pekerja yang ditugaskan untuk meroboh bangunan dilaporkan selamat.

“Kira-kira 190 anggota bomba dan polis dikerahkan mencari dan menyalamat mangsa yang berkemungkinan masih dibawah runtuhan,” kata kementerian itu.

Reuters melaporkan punca keruntuhan tidak jelas, menurut Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Gwangju.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan akan menyiasat punca keruntuhan yang berlaku.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.