Siakap Keli
Gambar: @HausofHilton

(Video) Mungkin Sangka Tengah Lemas, Aksi Gajah Pantas Terjun Sungai Selamatkan Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh, Ditonton Lebih 2 Juta Kali

Satu video yang memaparkan seekor gajah cuba menyelamatkan seorang lelaki di dalam sebuah sungai telah menjadi tular di media sosial.

Pada awal video tersebut, seorang lelaki pada mulanya kelihatan sedang berenang-renang di sungai tersebut.

Namun secara tiba-tiba, seekor gajah yang sedang berada di tebing sungai bersama dengan kumpulannya telah meluru ke arah lelaki tersebut dengan pantas.

Mungkin disangkakan bahawa lelaki itu sedang lemas dan memerlukan pertolongan, gajah tersebut sedaya upayanya meluru menyeberang sungai ke arah lelaki berkenaan sehingga lelaki itu pergi ke tebing sambil menghulurkan belalainya untuk lelaki itu berpaut.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 2 juta kali daripada pengguna media sosial Twitter.

Sumber: @HausofHilton

"