Siakap Keli

(Video) Mungkin Tak Sihat, Aksi Comel Memerang Letak Tangan Di Muka Untuk “Check” Suhu Tarik Perhatian Netizen

Jarang sekali kita boleh melihat gelagat memerang menghiasi ruang media sosial. Mungkin kerana keberadaan mereka yang sukar untuk ‘dijejaki’ atau kerana kebiasaannya haiwan itu boleh bertindak liar.

Pun begitu, nampaknya seekor memerang ini menjadi perhatian warganet di Twitter kerana kecomelannya.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh WholesomeMemes, memerang itu juga mendapat perhatian kerana ‘kepandaiannya’ dengan memberi reaksi seperti manusia.

Mungkin tidak sihat, memerang itu pada awalnya diperiksa oleh seorang wanita yang dipercayai doktor. Tahap suhunya diperiksa dengan mudah kerana ‘kerjasama’ yang diberikan olehnya dengan membuka mulut, tanpa dipaksa.

Selepas itu, haiwan itu dengan comelnya meletakkan tangannya di bahagian muka untuk ‘memeriksa’ tahap suhunya sendiri.

Walau bagaimanapun, lokasi zoo yang menempatkan memerang tersebut tidak dapat dipastikan.

Kecomelannya itu menambat hati sesiapa saja yang melihatnya. Reaksinya itu juga menjadi meme baharu yang digunakan oleh warganet.

Sumber: WholesomeMeme

"