Siakap Keli

(Video) Tersesat Lebih Seminggu Di Kutub Utara, Anjing Ini Berjaya Diselamatkan Pelaut Rusia

KUTUB UTARA- Seekor anjing berjalan di Kutub Utara selama lebih seminggu dan diselamatkan pelaut, menurut media Rusia.

Dilaporkan, Krew kapal pemecah ais Rusia melalui  kawasan perkampungan Mys Kamenny di uatara Rusia dan menemui anjing tersebut.

Ketua Kapal, Alexander Sannikov memberitahu kepada pihak media bahawa anjing itu mendekati sisi kapal dan bertindak menyelamatkannya.

Sebuah video menunjukkan anjing putih bernama Aika itu mengibaskan ekornya dan berjalan dengan berhati-hati diatas ais dan kru menurunkan tangga bagi memudahkan anjing itu naik.

“Kami menurunkan tangga dan anjing itu naik sendiri. Kami memberitahu penduduk setempat dan menemui pemilik anjing tersebut,” kata Evgeny Naginim, pembantu navigasi Rusia 1.

Menurut CNN, Aika melarikan diri ketika berjalan-jalan di sekitar kampung dan berkemungkinan dia tidak akan selamat jika tidak ditemui oleh kru tersebut.

“Anjing itu akan bersama kami jika keluar, kami tak pasti bagaimana dia boleh sampai ke sana,” kata pemilik, Svetlana Chereshneva.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.