Siakap Keli

6 Minggu Dilarikan Ayah Kandung, Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Ditemui Mati, Dijumpai Dalam Beg

SEPANYOL- Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui di pulau Tenerife, Sepanyol selepas enam minggu dilarikan ayah kandungnya.

Olivia, diculik bersama adik perempuannya, Anna yang berusia setahun. Mereka dilaporkan hilang di Kepulauan Canary, Sepanyol pada 27 April selepas ayahnya gagal dihubungi.

Kompas.com melaporkan, keesokkan harinya sebuah bot milik suspek (ayah) dan sebuah kereta bayi ditemui di perairan pulau Tenerife.

Pada 10 Jun, pasukan penyelamat menjumpai mayat seorang kanak-kanak di dasar laut.

Seterusnya, mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan disahkan sebagai Olivia.

Laporan media mengatakan bahawa mayat tersebut dijumpai di kedalaman 1,000 meter di dalam sebuah beg yang dibebani dengan sauh kapal.

Jurucakap polis, Guardia Civil berkata kepada AFP, pasukan mereka sedang mencari Anna dan suspek.

Kejadian mendapat perhatian Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez dengan meluahkan rasa dukacitanya beliau mendengar berita tersebut.

“Saya tak dapat bayangkan betapa sedihnya ibu Anna dan Olivia apabila mengetahui berita ini,” tulis beliau di Twitter.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.