Siakap Keli

Brendan Gan Kembali, Apakah Harimau Malaya Mampu Cipta Kejutan?

Detik 12.45 tengah malam ini sangat mendebarkan buat negara. Pasukan Harimau Malaya akan berentap melawan Vietnam dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023.

Kekalahan sang harimau setelah rebah dibedal ‘Pak Arab padang pasir’ 0-4 pada perlawanan sebelum ini adalah kisah yang cukup memeritkan. Terlalu pedih bila terkenangkan perjalanan Malaysia yang masih jauh untuk ke Piala Dunia.

Namun yang lepas biarkan lepas. Malam ini, seakan satu nafas baharu apabila Brendan Gan ‘kembali’ dalam kesebelasan utama, sekaligus memberi harapan baharu buat negara.

Manakala seorang lagi pemain harapan, Syafiq Ahmad turut menjadi pilihan jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk menyertai misi besar ini. Dalam masa sama, kekebalan gandingan Aidil Zafuan dan Dion Cools selaku kapten di benteng pertahanan terus ditagih.

Masakan tidak, misi perlawanan pada malam ini adalah ‘wajib menang’. Adakah kembalinya Brendan Gan ke skuad mampu mengubah segala-galanya? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lupa untuk bersedia di depan TV di rumah masing-masing sekarang kerana perlawanan akan bermula sebentar lagi. Selamat berjuang Harimau Malaya!

#kitapemainke12 
#ekorharimaumalaya

Sumber: Team Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'