Siakap Keli
Gambar: Bernama

Gambar Dirakam Prob Tianwen-1 Didedahkan Kepada Umum

BEIJING, 12 Jun  (Bernama) — Jabatan Pentadbiran Angkasa China (CNSA) pada Jumaat mendedahkan gambar-gambar saintifik yang dirakam prob penyelidikan Tianwen-1 di Marikh.

Ia sekali gus menunjukkan kejayaan misi penyelidikan China ke Marikh.

Gambar daripada kumpulan pertama itu terdiri empat gambar dirakam kenderaan perayau Zhurong, masing-masing merakamkan panorama di tempat pendaratan Tianwen-1, bentuk muka bumi Marikh, platform pendaratan, dan platform berlatarbelakangkan Marikh.

Ketua pereka misi pertama China ke Marikh, Zhang Rongqiao berkata, gambar berkenaan jelas menunjukkan bentuk muka bumi di tempat pendaratan rata dan horizon Marikh.

Zhang berkata, kenderaan perayau Zhurong beroperasi dengan baik buat masa ini dan menuju ke sasaran yang ditetapkan setiap hari.

Sehingga kini, perayau itu telah menjelajah sejauh kira-kira 80 meter.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.