Siakap Keli
Gambar hiasan: Lifesizemagazine.com

Jadi Pengguna Bijak, Ketahui Tips Pemilihan Produk Berdasarkan Label Bungkusan Sebelum Membeli

Setiap produk barangan yang dijual di kedai pasti ada label produk yang diletakkan seperti arahan penggunaan, kandungan dan sebagainya. Setiap label pada produk makanan, minuman mahupun barangan lain, ia mengandungi kepentingan yang jarang kita ambil tahu.

Oleh itu, NutritionistKKM telah mengingatkan kepada semua agar menjadi pengguna yang bijak iaitu dengan mengamalkan tabiat membaca label pada produk semasa membeli belah.

Hal ini agar kita mengetahui kandungan dalam produk yang kita pilih terutamanya produk makanan dan minuman.

Antara tips pemilihan produk berdasarkan label bungkusan yang dikongsikan oleh NutrionistKKM adalah seperti di bawah.

  1. Gunakan Panel Maklumat Pemakanan untuk membantu kita buat pilihan makanan.
  2. Dapatkan maklumat tentang jumlah tenaga dan nutrien-nutrien lain dalam kandungan produk yang nak dibeli.
  3. Pertimbangkan bagaimana nutrien yang terkandung dalam produk tersebut menyumbang pada pengambilan nutrien harian.
  4. Bandingkan kandungan kesemua nutrien pada label sesuatu produk daripada beberapa jenama.
  5. Gunakan akuan pemakanan (nutrition claims) secara bijak.
  6. Perhatikan bahawa akuan fungsi nutrien tidak berfungsi sebagai penyembuh, pengubat atau pelindung daripada penyakit.
  7. Jangan lupa semak ramuan atau bahan-bahan dalam produk tersebut. Senarai ramuan disusun mengikut berat dalam susunan menurun (banyak ke sedikit).
  8. Pilih produk yang mengandungi Logo Pilihan Lebih Sihat / Healthier Choice Logo (HCL) untuk kategori yang sama.
  9. Jangan lupa semak maklumat pemakanan yang terdapat pada bungkusan produk selain daripada menyemak harga, tarikh luput, status halal dan keadaan fizikal produk.

Sumber: Twitter NutritionistKKM

Nurul Nabila