KOREA SELATAN- Pada 8 Jun sepasang suami isteri di Korea Selatan didakwa mendera dan membunuh anak saudaranya yang berusia 10 tahun.
Pasangan itu ditahan pada Mei lalu selepas kanak-kanak itu disahkan mati kerana secondary shock, menurut Yonhap News Agancy (YNA).
Menurut Korea Boo, pasangan itu dilaporkan menyimpan 22 video penderaan mangsa dalam telefon masing-masing.
Mothership melaporkan bahawa video-video tersebut telah dipadam tetapi pasukan forensik digital berjaya mendapatkan semula video tersebut dan dibawa ke mahkamah sebagai bukti.
Dilaporkan, 14 daripa 22 video telah diberi kepada mahkamah semasa perbicaraan pertama.
Salah satu video tersebut menunjukkan kanak-kanak perempuan itu ditelanjangkan dihadapan bilik mandi dan diarahkan untuk memberikannya.
Menurut Munhwa Broadcasting Corporation News (MBC News), jelas menunjukkan kesan lebam pada pahanya.
Selain itu, ibu saudara kanak-kanak itu dengan kejam menyuruh kanak-kanak tersebut memakan najis anjing dalam rakaman video yang berlainan.
Kematian kanak-kanak itu berpunca apabila mereka mengikat kedua tangan dan kakinya serta menenggaelamkan kepalanya dalam air selama 30 minit.
Disebabkan tiada tindakbalas, mereka menghubungi ambulans namun, degupan jantung kanak-kanak itu sudah berhenti saat pasukan perubatan tiba.
Menurut aporan autopsi menunjukkan pada waktu kematian mangsa, dia mengalami kesan lebam dibahu kanan, peha dan wajahnya.
Polis Korea Selatan berkata bahawa mangsa mengalami trauma fizikal termasuk pukul dan ditenggelamkan dalam air yang menyebabkan pendarahan subkutan hingga permasalahan peredaran darah.
Ibu mangsa dilaporkan telah bercerai dan menyerahkan anaknya kepada adiknya yang merupakan dukun kerana dipercayai dia telah dirasuk dan adiknya mampu menyembuhkan anaknya.
Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Suwon, ibu dan bapa saudara mangsa bertindak menyiksa mangsa agar mereka dapat mengusir roh jahat dalam badannya, lapor YNA.
Perbicaraan kedua dijadualkan akan diadakan pada bulan Julai.
Sumber: mothership